
MAKMAL INTROVERT
Platform Online Untuk Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert.
Sesuai untuk introvert yang mahu mengenali diri atau ekstrovert yang mahu memahami kenalan yang introvert.
Perkongsian LIVE
Sesi secara langsung bersama penyampai Makmal Introvert melalui video konferens Zoom
Buffet Minda
Diskusi idea dan fikiran bersama komuniti Makmal Introvert melalui platform SembangPsikologi.com
Memahami personaliti introvert dalam dunia ekstrovert
Introvert sering dilabel sebagai satu kekurangan dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, individu introvert itu sendiri merasakan perkara sama.
Personaliti ekstrovert pula dilihat sebagai satu kelebihan. Stigma ini terjadi kerana kurangnya pendedahan kita tentang psikologi personaliti manusia.
Melalui projek Makmal Introvert, anda akan memahami lebih baik tentang perbezaan personaliti manusia dan mampu empower golongan introvert supaya kenal diri dan sedar bahawa mereka juga ada kekuatan tersendiri.
Lebih tenang apabila bersendirian
Tak suka suasana ramai orang?
Suka buat kerja tanpa ada orang lain?
Selesa pendam perasaan daripada luahkan?
Rasa pelik kalau kena tegur orang tak kenal?
Selalu keluar rumah berjalan berseorangan?
Banyak berfikir berbanding berkata-kata?
Tahniah!
Anda seorang introvert 🙂
TOPIK PERKONGSIAN

Diri Sendiri
Memahami karakter introvert sekaligus mengenali potensi dan kekuatan golongan ini

Kerjaya
Memahami jenis pekerjaan yang memenuhi kelebihan seorang yang introvert

Pasangan/Keluarga
Memahami dan meraikan personaliti pasangan/ahli keluarga sendiri
Kesihatan Mental
Memahami kaitan antara personaliti manusia dengan isu kesihatan mental
Apa kelebihan Menyertai
Makmal Introvert?
(Klik setiap satu untuk baca perincian)
Perkongsian dalam Bahasa Melayu
Banyak sumber rujukan artikel, buku dan blog di luar sana yang bercerita mengenai Introvert, tetapi banyak yang dalam bahasa Inggeris. Makmal Introvert ini mahu mengisi kekosongan itu.
Komuniti yang memberi sokongan
Pasti seronok apabila dapat berada dalam komuniti yang sama-sama berkongsi personaliti dan minat yang sama. Dapat bertukar cerita, buah fikiran dan rasa. Rasa belonging!
Bersama buang stigma tentang introvert
Sudah tiba masa untuk kita betulkan persepsi orang ramai. Personaliti ialah perbezaan, bukan kekurangan atau kekuatan. Kita perlukan semua jenis orang dalam dunia ini 🙂
Berkenalan semula dengan diri sendiri
Mengenali diri ialah langkah pertama untuk maksimumkan potensi diri. Tak kenal diri maka tak cintakan diri. Dan ini bermula dengan menyertai Makmal Introvert ini.
Membentuk masyarakat saling meraikan
Seperti mana kita terima dan puji kelebihan seseorang itu, seperti itu juga patut kita terima kekurangannya. Dengan keluarga, kawan-kawan atau pasangan, terima dan raikan perbezaan mereka dengan kita.
Siapa Yang Patut Sertai Makmal Introvert?

INDIVIDU
Sesiapa yang mahu mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, sekaligus menyedari potensi diri. Mahu ambil langkah pertama untuk menyayangi diri sendiri

ANAK MUDA
Pelajar atau golongan bekerja yang berminat untuk kenalpasti personaliti kenalan sendiri dan bagaimana nak hidup berkomuniti dengan pelbagai jenis ragam manusia.

IBU BAPA / PENDIDIK
Sebagai usaha untuk mendalami personaliti anak atau pelajar mereka yang mempunyai personaliti introvert, supaya lebih mampu menerima karakter dan identiti mereka
Mengenai Kami
Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi ialah seorang yang berinspirasi untuk menjadikan ilmu Psikologi sebagai topik menarik untuk dipelajari dengan pendekatan kasual dan mudah difahami oleh masyarakat tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut.
Aqila Masri pula ialah seorang introvert yang tidak mahu menjadikan personalitinya sebagai alasan dan penghalang untuk beri manfaat kepada orang lain.
Gabungan antara kedua-dua individu ini, munculnya projek ‘Makmal Introvert’ sebagai usaha untuk raikan kekuatan individu menyendiri ini.
Hubungi Kami
